Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 Mac. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan ke atas pelantikan dua pegawai kanan kerajaan.
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan.
Sementara Pengarah Saliran dan Pembetungan, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Dr Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.
Tarikh pelantikan pegawai-pegawai kanan tersebut berkuat kuasa mulai hari Sabtu, 19 Jamadilakhir 1438 bersamaan 18 Mac 2017.
Sumber: Pelita Brunei.