Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Hari Air Sedunia diraikan

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_worldwaterday_o.png

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tiga, kanan) hadir selaku wakil peribadi Menteri Pembangunan pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Air Sedunia 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Mac. - Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Air Sedunia 2017 diadakan di Masjid Ash-Shaliheen anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Air ini adalah bersempena 'United Nations-Water': Hari Air Sedunia.

Hadir selaku wakil peribadi Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan disusuli dengan Sembahyang Sunat Hajat, kemudian diikuti dengan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan daripada Pusat Da'wah Islamiah, Drs. Haji Ismuhadi bin Abdullah yang bertajuk 'Jimat Air Amalan Mulia' yang menekankan dan meningkatkan perihal kesedaran dan amalan berjimat cermat dalam menggunakan air serta mengelakkan pembaziran dari sudut pandangan Islam.

2_worldwaterday.png

CERAMAH khas disampaikan oleh penceramah undangan daripada Pusat Da'wah Islamiah, Drs. Haji Ismuhadi bin Abdullah dengan ceramahnya 'Jimat Air Amalan Mulia'.

Hari Air Sedunia disambut di negara ini sebagai satu cara untuk menumpukan perhatian mengenai kepentingan air dan menyokong dalam pengurusan sumber air yang mampan.

Ia adalah hari untuk kita memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kesedaran mengenai sumber air dalam kegunaan harian kita.

4_worldwaterday.jpg

ANTARA pegawai dan kakitangan yang hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Air Sedunia 2017 bertempat di Masjid Ash-Shaliheen (Gambar atas dan bawah).

3_worldwaterday.png

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai serta kakitangan JKR dan juga orang ramai.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments