Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Musabaqah Membaca Al-Quran sempena Sambutan Israk dan Mikraj

Oleh: Nooratini Haji Abas | Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas

1_israkmikraj_.png

QARI Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Mohamad Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin muncul juara Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1438 H.

2_israkmikraj_.jpg

JOHAN Qariah, Dayang Ratinah binti Hidup dari Jabatan Ukur.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 April. – Awang Haji Mohamad Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan Dayang Ratinah binti Hidup dari Jabatan Ukur muncul johan Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya sempena Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

Naib johan masing-masing disandang oleh Awang Haji Abdullah bin Pengarah Haji Basi dan Dayang Siti Nurul Fa'izah binti Awang Hamdan manakala Awang Mohammad Yusrin bin Daud pula mendapat tempat ketiga.

 3_israkmikraj.png

JOHAN Qari semasa memperdengarkan bacaan Al-Quran pada musabaqah berkenaan.

 4_israkmikraj.png

HADIR selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah musabaqah di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan disini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Pada majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Jalan Raya, JKR itu diserikan lagi dengan ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman yang antara lain menggariskan bahawa iman merupakan pegangan umat Islam yang menjadi punca kebahagian dunia dan akhirat.

 5_israkmikraj.png

CERAMAH Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman.

Tambahnya, ia juga mendorong umat Islam untuk melakukan amal-amal kebaikan yang mana jika kita tidak mempunyai iman akan mudah tersesat dan alpa atau lupa diri.

Majlis tersebut antara lain bertujuan bagi menggalakkan para peserta supaya terus mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran di samping menggalakkan mereka untuk sentiasa mengamalkan bacaan Al-Quran agar menjadi amalan harian dan beroleh keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Ketua Pengarah JKR, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments