|
GANGGUAN AIR DI BRUNEI MUARA DAN TUTONG |
|||
|
|
|||
|
Gangguan air yang berlaku beberapa hari lalu di Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong yang berpunca daripada kegagalan tenaga bekalan eletrik kepada rawatan air utama di Bukit Barun dan Layong telah mengakibatkan banyak gangguan dan kesusahan kepada orang awam. Pembekalan air telah terputus selama 3 hari meskipun maseh terdapat beberapa kawasan belum mendapat bekalan air. Bagi penduduk di beberapa kawasan di Subok, Belimbing, Manggis, Madang, Lambak, Lambak Kiri dan Sg. Tilong yang maseh mengalami gangguan air mendapatkan air dari ‘standpipes’ yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya. Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan merasa kesal dan dukacita di atas berlakunya kejadian yang tidak dijangkakan ini walaubagaimanapun menghargai kesabaran dan tindakbalas daripada orang awam semasa usaha kerja-kerja yang dbuat oleh Jabatan Kerja Raya untuk menyediakan pembekalan air sementara dan akan berusaha sepenuhnya untuk menghadapi apa jua masalah dimasa akan datang. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||