MAKLUMAN BEKALAN AIR DI DAERAH BELAIT

BERFUNSI SEMULA

 

   

 
     
     
 

Jabatan Kerja Raya sukacita memaklumkan kepada orang ramai pembekalan air ke Daerah Belait telah berfungsi semula pada jam 5.45 pagi tadi sejak gangguan bekalan air pada kemarin petang.  Mulai 5.45 pagi tadi, bekalan air telah mulai semula selepas kerja-kerja kerosakan dapat dipulihkan yang berpunca daripada kerosakan bekalan panel letrik di Loji Penapisan Air Seria bermula jam 5.30 kemarin  petang.

Kerosakan bekalan panel letrik di Loji Penapisan Air Seria kemarin menyebabkan bekalan air terputus.

Orang ramai yang maseh memerlukan perkhidmatan tanker air bolehlah berhubung melalui talian 140. 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut keatas kejadian tersebut, orang ramai bolehlah berhubung terus dengan Awang Rahman Bakar di talian 8730447.