|
|
|||
|
MAJLIS PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN ANAK-ANAK KUNCI RUMAH DI BAWAH SKIM TANAH KURNIA KAMPONG MATA-MATA (KATOK ‘B’), GADONG DAERAH BRUNEI DAN MUARA
|
|||
|
|
|
||
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke majlis penyempurnaan penganugerahan anak-anak kunci Rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati yang berlangsung di Dewan Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri. Baginda telah dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dijunjung bersama-sama membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya sembah alu-aluan oleh Yang Mulia Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian telah dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar untuk menyempurnakan penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah Di Bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Mata-Mata (Katok ‘B’), Gadong bagi Daerah Brunei dan Muara. Selepas selesai majlis tersebut, doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara. Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian dijunjung berangkat melawat ke bahagian-bahagian Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya dijunjung untuk menikmati santapan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya di junjung berangkat melawat peserta-peserta yang menerima Anak-Anak Kunci Rumah Di Bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Mata-Mata (Katok ‘B’), Gadong dan baginda kemudian dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Perdagangan, Kementerian Pendidikan, ke Lexus NBT (Brunei) Sdn Bhd di Gadong, Ke Stesyen Minyak, Syarikat Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad di Gadong dan ke rumah Ketua Kampong Menglait, Mukim Gadong. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan ke Majlis Santap di Empire Hotel. |
|||
|
|
|
||
|
|
|
||