![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
TAKLIMAT HR21 DAN TAKLIMAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
|
||
|
Sesi Taklimat HR21 telah diadakan sebaik sahaja Majlis Perasmian dan Pelancaran HR21 dilakukan. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan dan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian pembangunan dan Yang Mulia Dayang Maizan bte Haji Hambali, seorang Penjadual di Kementerian Pembangunan. Ianya dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai kanan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Pada sebelah petang pula, satu lagi sesi taklimat mengenai Latihan Dalam Perkhidmata (LDP) telah diadakan di tempat yang sama. Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Awang noor Hadi bin Haji Noor Kaseh, Pegawai Latihan Kanan Kementerian Pembangunan dan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-kakitangan Kementerian Pembangunan yang memohon latihan dalam perkhidmatan bagi tahun 2008. |
||
|
|
||