TAKLIMAT KERJAYA DAN BENGKEL HR21
SEMPENA PERASMIAN DAN PELANCARAN HR21
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 

Taklimat Kerjaya dan Bengkel HR 21 adalah antara aktiviti yang dijalankan sempena Perasmian dan Pelancaran HR21 yang diadakan selama dua hari iaitu pada 16hb dan 17hb April 2008. 

Taklimat Kerjaya yang diadakan pada sebelah pagi, telah disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.  Ianya dihadiri oleh Penuntut-Penuntut sekolah dari Maktab SOAS, STPRI, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Jalan Muara dan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah,  Gadong.  Takilmat diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Taklimat diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penuntut-penuntut mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai dengan kerjaya-kerjaya yang terdapat di  Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan seperti kelayakan akademik, tugas dan tanggungjawab serta berkongsi pengalaman kerja.  Dengan adanya taklimat seperti ini, diharap dapat membuka minda mereka dalam memilih kerjaya masing-masing pada masa hadapan.

Sementara itu, Bengkel HR21 telah diadakan pada sebelah petang, bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.  Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dayang Maizan binti Haji Hambali, Penjadual bersama dengan Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Pembangunan. Bengkel ini bertujuan untuk menunjukcara penggunaan sistem HR21 secara lebih terperinci.

                                                                                                                            foto