![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN HR21 |
||
|
HR21 adalah singkatan bagi 'Human Resource Towards The 21st Century' atau Sumber Manusia ke Abad 21. Ia merupakan satu sistem pengurusan sumber manusia, yang direkabentuk secara dalaman (in-house) oleh Pegawai-Pegawai Kementerian Pembangunan, khususnya oleh Dayang Maizan bte Haji Hambali (penjadual), dalam pengurusan dan mengelinga sumber manusia secara professional dan berdayamaju. Majlis Perasmian dan Pelancaran HR21 Kementerian Pembangunan telah diadakan pada sebelah pagi hari Selasa, 15 April 2008 bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Tetamu Kehormat dimajlis tersebut ialah ang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Jamil bin Haji Gani, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos. Selesai memberi ucapan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan merasmikan pelancaran HR21 dengan meletakkan tapak tangan beliau ke bola kaca yang seterusnya menayangkan klip video HR21 di layar putih atas pentas dewan berkenaan. Berakhirnya tayangan klip video HR21, disampaikan pula 'Password' bagi melayari sistem HR21 kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan. Yang Berhormat Menteri dan Yang Mulia Timbalan Menteri seterusnya bersama-sama melayari sistem HR21 secara 'hands on' dan menyaksikan pameran di luar dewan sebaik saja selesainya bacaan doa selamat dibacakan bagi menutup majlis di dewan berkenaan. HR21 Kementerian Pembangunan diadakan selama 3 hari bermula 15hb hingga 17hb April 2008. Berbagai aktiviti telah diatur seperti berikut : Pameran :
Pengambilan
dan Pemilihan : Taklimat :
|
||