KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI BRUNEI KE KANADA
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan petang ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Kanada yang baru, Puan Yang Terutama Dayang Rakiah binti Haji Abdul Lamit @ Hamid.  Majlis tersebut diadakan di Bilik Silubang Bangsi, Kementerian Pembangunan.