![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
MAJLIS
PEREASMIAN PELANCARAN |
||
|
Majlis Perasmian Pelancaran Brunei Darussalam Spatial Data Infrastructure (BSDI) yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur telah diadakan pada sebelah pagi bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin bin Awang Haji Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, Konsultan-Konsultan dan pegawai-pegawai dari Kementerian dan Jabatan yang dijemput. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji Mohd Jamil bin Haji Mohd Ali, Juruukur Agung, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pembangunan. Setelah itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan memberi ucapan dan seterusnya melancarkan BSDI diikuti dengan tayangan klip video BSDI. Selepas itu ’keynotes’ dari Mr Rick Nyarady, Business Development Manager dari CARIS Consultants juga disampaikan. Majlis diakhiri dengan Yang Berhormat Tetamu Kehormat dijemput menyaksikan pameran diluar Dewan Betabur. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. Sementara itu, sesi taklimat mengenai ‘BSDI Rollout’ telah diadakan sebaik saja selesai majlis perlancaran dilakukan. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Taklimat telah disampaikan oleh Mr Rick Nyarady, Business Development Manager dari CARIS Consultants. Ianya dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dan dari Kementerian dan Jabatan yang diadakan ditempat yang sama. |
||