KEJOHANAN AKHIR FUTSAL KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIMDATAN AWAM KALI KE-14, 2007
 

Kejohanan Futsal Kementerian-Kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-14, 2007 berakhir petang ini bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas Negara Brunei Darussalam.  Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri, dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.

Pasukan Kementerian Pembangunan dalam Kategori Terbuka telah layak masuk ke peringkat akhir bertemu dengan Pasukan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Perlawanan berkesudahan  dengan Pasukan Kementerian Pembangunan dapat ditewaskan dengan tendangan penalti  3 – 1.

Sementara itu malam semalam dalam Kategori Veteran Pasukan Kementerian Pembangunan hanya mampu berada di tangga ketiga setelah mengalahkan Pasukan Veteran dari Kementerian Kesihatan dengan jaringan 2 – 1.  Syabas! Kepada kedua-dua Pasukan Terbuka dan Pasukan Veteran Kementerian Pembangunan.

Berikut keputusan penoh Perlawanan Fustal Antara Kementerian-Kementerian sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-14 bagi Tahun 2007:-

VETERAN (45 TAHUN KEATAS)

Tempat Pertama: JABATAN PERDANA MENTERI
Temapt Kedua: KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Tempat Ketiga: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

TERBUKA

Tempat Pertama: KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
Tempat Kedua: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Tempat Ketiga: KEMENTERIAN PENDIDIKAN

                                                                                                                     foto