LAWATAN YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN
KE KAWASAN BANJIR DI DAERAH TUTONG, KE TAPAK PROJEK AMPANGAN
DAN KE JABATAN-JABATAN DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
DI DAERAH TUTONG DAN BELAIT
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat di Daerah Tutong dan Belait.

Antara tempat yang dilawati ialah kawasan yang terlibat dengan kejadian banjir dan juga tanah susur di Daerah Tutong. Di daerah ini juga, rombongan singgah ke jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan termasuklah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur,  Jabatan Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Seterusnya rombongan meneruskan lawatan ke Projek Ampangan, di Kampong Merangking, di daerah yang sama.

Yang Berhormat Pehin bersama rombongan meneruskan perjalanan ke Daerah Belait bagi membuat lawatan Jabatan Kerja Raya di daerah tersebut.

                                                                                                                            foto