![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
MAJLIS
SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALALLAHUALAIHI WASALAM |
||
|
Seperti lazimnya, Negara Brunei Darussalam menyemerakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallahualaihi Wasalam sebaik saja tibanya 12 Rabiulawal dengan perhimpunan dan perarakan di keempat-empat daerah dilaratkan dengan sambutan-sambutan yang diadakan di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Jabatan Kemajuan Perumahan telah diberikan tanggunjawab untuk mengendalikan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallahualaihi Wasalam bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1429H/2008M yang bertemakan 'Tunas Bangsa Berakhlak Al-Quran' Majlis sambutan tersebut telah diadakan pada sebelah petang hari Sabtu, 28 Rabiulawal 1429H bersamaan dengan 05 April 2008 bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin bin Haji Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohidin bin Pengiran Haji Mohd Daud, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid. Ceramah khas disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Ustaz Awang Haji Besar bin Haji Abu Bakar, penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Elwal Ugama. Majlis ini merupakan salah satu aktibiti tahunan Kementerian Pembangunan yang bertujuan bagi memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. |
||
|
|
||