![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
SETIAUSAHA TETAP (PENTADBIRAN & KEWANGAN) KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN |
||
|
Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Kementerian Pembangunan telah bertolak hari ini untuk menghadiri Seminar e-Government Master Planning & Implementation Programme, e-Government Leadership Centre di Institute Of Systems Science di Singapura. Program bagi kumpulan kedua ini akan berjalan selama 5 hari bermula pada 21 hingga 24 April 2008, sementara itu program pertama telahpun diadakan pada 17 hingga 20 Mac 2008. Objektif program ini antara lain adalah untuk mensejajarkan pemikiran para peserta di peringkat dasar, pengurusan dan pentadbiran untuk perlaksanaan inisiatif-inisiatif e-Kerajaan. |
||
|
|
||