MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 

Majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil telah diadakan pada sebelah pagi di Surau Kementerian Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bertahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Tassan bin Haji Mohammad, dan seterusnya doa selamat dibacakan oleh Awang Haji Md Said bin Haji Damit, Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Perumahan.

Hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Pengiran Haji Mohidin bin Pengiran Haji Mohd Daud, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kemajuan Perumahan.