MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 

Seperti lazimnya majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil telah diadakan pada sebelah pagi di Surau Kementerian Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bertahlil beramai-ramai dan seterusnya doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji SaifulNizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya.

Hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia  Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Profesional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin bin Haji Awang Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya.