KUNJUNGAN HORMAT KEPADA
YANG MULIA TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN
  
 

Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan telah menerima kunjungan hormat pada sebelah pagi daripada Mr. Jean Marie, Demange French in Singapore as a Councelor for ASEAN  bersama Mrs Voon Tan Cheng, pegawai di Kedutaan Perancis di Negara ini.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pg Haji Abd Rahman bin Pg. Haji Mat Salleh, Pemangku Pengarah Urusan, Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Yang Mulia Awang Haji Jaludin bin Ali, Pengarah Insurance TAIB.  Majlis tersebut diadakan di Bilik Silubang Bangsi, Kementerian Pembangunan.