|
EKSPIDISI BERBASIKAL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
|||
|
|
|||
|
Kementerian Pembangunan telah mengadakan kegiatan ekspidisi berbasikal pada 6hb Ogos 2006 sejauh 38km. Ianya bermula dan berakhir di kawasan Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Kegiatan ini adalah salah satu acara-acara yang diaturkan oleh Kementerian Pembangunan bagi tahun 2006 dan pada tahun ini ia dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. Tetamu kehormat bagi ekspidisi ini ialah Yang Berhormat Menteri Pembangunan sendiri yang juga turut menyertainya. Yang Mulia Timbalan Menteri, Yang Mulia Setiausaha Tetap Teknikal, Yang Mulia Ketua Pengarah JKR juga menyertai kegiatan ini diikuti oleh beberapa pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan. Antara tujuan aktibiti ini ialah bagi mengeratkan tali siratulrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan menyambut saranan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi mengamalkan cara hidup yang sehat.
|
|||
|
|
|
||