|
ACARA PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK 11 ORANG SEPASUKAN BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA |
|||
|
|
|||
|
Acara tersebut telah diadakan pada sebelah malam di Stadium Mini, Jerudong dan Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar. Turut hadir di perlawanan akhir tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiusaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan/Unit, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, perlawanan tetap rancak berjalan dan Jabatan Ukur menjadi Johan setelah menewaskan Jabatan Perkhidmatan Air dengan keputusan 3-2. Sebelum ini, majlis pembukaan rasmi bagi acara tersebut telah diadakan pada hari Ahad, 6 Ogos 2006 di Kompleks Sukan Jabatan Kerja dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Awang Haji Brahim bin Haji Ismail. Acara Bolasepak 11 Orang Sepasukan ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dan pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Ukur. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||