MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLATANGKIS 2005 DAN KEJOHANAN BOLAJARING 2006

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

 

 
 

 

 
 

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan dan pada tahun ini kedua-dua kejohanan dikelolakan oleh Jabatan Tanah.

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan,Yang Berhormat, Pehin Orang kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Sunny bin Haji Mohd Hussien, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia, Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.

Johan bagi Acara Bulu Tangkis 2005  Jabatan Ukur manakala Naib Johan ialah Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.

Manakala Johan bagi acara Bola Jaring 2006 ialah Jabatan Ukur, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya menjadi Naib Johan dan pemenang Ketiga ialah Jabatan Tanah.

Yang Berhormat, Menteri Pembangunan juga telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi kedua-dua kejohanan.