MAJLIS CERAMAH BULAN RAMADHAN

 

 

   

 
 

Saperti lazimnya, Kementerian Pembangunan mengadakan majlis  ceramah dalam bulan ramadhan setiap tahun sebagai salah satu  daripada kegiatan keagamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan sendiri dan bersempena dengan sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Pagi tadi Kementerian Pembangunan mengadakan majlis tersebut di Dewan Bilik Bertabur, Bangunan Kementerian Pembangunan

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah di pimpin oleh Pegawai Jabatan Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Awang Haji Tassan bin Haji Mohammad.

Penceramah undangan bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Dr. Haji Ismuhadi bin Abdullah, pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah.  Ceramah beliau ialah mengenai dengan Peranan Al-Quran Dalam Kehidupan Kita Seharian’.

Antaralain kandongan ceramah tersebut ialah pintu syurga dibuka sepanjang bulan ramadhan dan sesiapa yang mencari nafkah yang halal di sepanjang bulan ramadhan pahalanya 70 kali akan dilipat gandakan.  Beliau juga menambah sesiapa yang mengerjakan sembahyang tahajud dan sembahyang tasbih kemudian membaca ayat-ayat suci Al-Quran akan di ampunkan dosanya.  Terdapat sebanyak 40 dosa yang tidak diampunkan oleh Allah Subhanallahu Wata’ala antara nya ialah orang pemabuk, orang yang durhaka kepada kedua orang tua nya, memutuskan silatulrahim, penghasut, rumah yang menyimpan patung/anjing/loceng/gambar lucah.  Justeru itu Allah Subhanallahu Wata’ala akan memuliakan dan memberkati sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup untuk dijadikan ubat.

Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein.  Turut hadir ialah  Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang  Mulia  Awang  Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Abu Hanifah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.