|
|
|||
|
SUMBANGAN UNTUK MANGSA BENCANA GEMPA BUMI
|
|||
|
|
|||
|
Dua pegawai dari Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Zulikipli bin Haji Abdullah dan Pg. Datin Norliha bte Pengiran Seri Indera Pg. Haji Ismail telah membuat kunjungan ke beberapa Pejabat Kedutaan Besar di sini untuk menyerahkan sumbangan untuk mangsa bencana gempa bumi yang diterima daripada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan. Sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh Kedutaan Besar Amerika Syarikat berjumlah $617.20, Kedutaan Besar Indonesia berjumlah $1,967.10, Kedutaan Besar Iran berjumlah $2,861.00, Kedutaan Besar Cambodia berjumlah $731.00 dan Kedutaan Besar Pakistan berjumlah $1,925.30. Kedutaan Besar bagi negara-negara tersebut tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keperihatinan Menteri Pembangunan serta warga Kementerian Pembangunan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut. |
|||
|
|
|||
|
|
|||