MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN, BERTAHLIL DAN DOA SELAMAT

DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

 

 

 
     

 
   

Pagi tadi majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil di adakan di Surau dan majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji diadakan di Dewan Bilik Bertabur, Kementerian tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Imam Haji Muslim bin Haji Abdul Razak, Imam Masjid Mohammad Bolkiah, Masjid Serusop.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim,  Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Pegawai-Pegawai dari jabatan tersebut.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah juga turut berangkat ke majlis tersebut.

Majlis seterusnya diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal jemaah haji yang akan menunaikan fardhu haji termasuk Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin Orang Kaya Pekerma Setia DiRaja Abang Haji Abu Hanifah, Timbalan Setiausaha Tetap yang pada masa ini sedang bercuti.