|
DOA SELAMAT DAN PENGHARGAAN |
|||
|
|
|||
|
Kementerian Pembangunan telah mengadakan majlis doa selamat dan penghargaan dan majlis tersebut diadakan di Dewan Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan. Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar telah menjadi Tetamu Kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Imam Haji Muslim bin Haji Abdul Razak, Imam Masjid Mohammad Bolkiah, Masjid Serusop. Dalam ucapan Yang Berhormat, Menteri Pembangunan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat khususnya kepada pemandu-pemandu tanker air, Jabatan Perkhidmatan Air semasa berlakunya gangguan bekalan air beberapa hari lalu yang mana mereka ini tidak kendur-kendur tanpa merasa letih demi memberikan perkhidmatan pembekalan air kepada yang memerlukan dan bersyukur gangguan pembekalan air dapat di atasi dengan segeranya. Yang Berhormat, Menteri Pembangunan juga menambah di atas perkhidmatan mereka ini juga telah mendapat pujian daripada segolongan masyarakat |
|||
|
|
|
||
|
|
|||