DOA KESYUKURAN DAN PENGHARGAAN

 

 

   

 

Satu lagi majlis doa kesyukuran dan penghargaan diadakan di Dewan Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan pada pagi tadi. Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan Kementerian Pembangunan mendapat tempat kedua dalam kategori hiasan pondok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang baru diadakan di kawasan belakang bangunan Kementerian Pembangunan. Antaralain ianya juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menghias pondok tersebut.  Majlis ini diselajurkan juga dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dikalangan semua pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan. 

Majlis yang meriah ini disajikan dengan bermacam-macam makanan dan kueh-mueh termasuk nasi lemak, tumpi, martabak dan tidak ketinggalan juga makanan tradisi Melayu Brunei ‘Ambuyat. 

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua-Ketua Unit, Pegawai dan Kakitangan Kemenenterian Pembangunan.