|
KUNJUNGAN HORMAT WAKIL DARI OFFICE OF AUSTRALIAN WAR GRAVES (OAWG) |
||
|
|
||
|
Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan dari ‘Office of Australian War Graves (OAWG)’. Hadir bersama ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengarah OAWG, Major General, Paul Stevens AO (Bersara), di iringi oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran) OAWG, Ms Kathy Upton Mitchell. Juga turut mengiringi ialah Duta Besar Australia ke Negara Brunei Darussalam, Dr Ruth Adler. Antaralain tujuan rombongan tersebut ialah bagi rundingan meletakkan tugu peingatan kekal untuk memperingati pendaratan Tentera Australia ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 1945. Sebelum ini, pada Jun 2005, satu mesyuarat telah diadakan mengenai dengan perkara ini. Satu lawatan kerja ke Negara ini telah dibuat oleh OAWG pada 26-27 Oktober 2005. Majlis kunjungan tersebut bertempat di bilik Silubang Bangsi, Kementerian Pembangunan. |
||