KUNJUNGAN PERPISAHAN DUTA BESAR ISTIMEWA  DAN MUTLAK JEPUN

   

 

 
 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, Tuan Yang Terutama Mr. Yoshinobu Nisaka telah membuat kunjungan hormat perpisahan kepada Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar bertempat di bilik Silubang Bangsi, Kementerian Pembangunan.  Hadir bersama ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Sunny bin Haji Mohd Hussien. 

Mr. Yoshinobu Nisaka yang menetap di Negara Brunei Darussalam akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 28 August, 2006.