MAJLIS MENANDATANGANI

PERJANJIAN E-KERAJAAN

 

 

   

 
 

Pagi tadi satu majlis menandatangani perjanjian E-Kerajaan diantara Jabatan Kerja Raya dengan syarikat swasta, JSY System telah berlangsung di Dewan Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir dimajlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail.  Menandatangani perjanjian bagi pihak Jabatan Kerja Raya ialah Pemangku Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Dayang Hajah Maihani bte Haji Abdul Hamid manakala JSY System diwakili oleh Pengarah Urusan, Awang Haji Samat bin Haji Abas.

Sebanyak empat projek E-kerajaan akan mula dilaksanakan yang terdiri daripada Pengurusan Maklumat Sistem Enterprose (PROMISe), Sistem Pengeluaran Dokumen Penyepaduan (IDPS), Sistem Pengurusan Penyepaduan Penyelengaraan (IMMS) dan Sistem Maklumat E-Billing (eBIS).  Keempat-empat projek ini menandakan bermulanya projek Kementerian Pembangunan dalam system pengeluaran dokumen penyepaduan.

PROMISe dimulakan pada tahun 2005 dan mula beroperasi tahun ini sementara IDPS dan IMMS dijangka mula beroperasi pada tahun 2007 manakala eBIS masih dalam penilaian.

IDPS akan diperkenalkan sebagai pelantar industri pembinaan tempatan dalam proses tender projek yang mana apabila sudah lengkap, pelantar akan membolehkan proses tender dilakukan melalui internet.  Ianya juga membolehkan arkitek, jurutera reka bentuk dan pengurus projek Jabatan Kerja Raya menggunakan proses kelas dunia yang membekalkan alat teknologi dan kebolehan berkualiti tinggi.