FORUM MAJLIS ILMU DAERAH BELAIT

     
 

Satu Forum Majlis Ilmu Daerah Belait sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-60 telah diadakan di Dewan Pameran Gemilang 60 padang Bandaran.

Tetamu Kehormat majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar.

Hadir bersama ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Sunny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.

Forum bertajuk "Belia Mendokong Kedaulatan Raja" itu dipengerusikan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Mataim bin Bakar dengan ahli-ahli panelnya terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dato Paduka Hj Jemat bin Haji Ampal, Dekan Institut Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddein, UBD, Dr. Hajah Masnon bte Haji Ibrahim dan Pemangku Ketua Kampong Bukit Sawat, Dr. Haji Ismail Opak.

Perbicangan forum itu ditumpukan pada kesedaran belia dalam mendokong kedaulatan Raja dan Negara, serta peranan dalam meningkatkan keselamatan, kesejahteraan dan kemajuan ekonomi negara.