ACARA PERLAWANAN FUTSAL - SUKAN MUHIBBAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

     
 

 

   
 

Acara tersebut telah diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Serbaguna, Jabatan Kerja Raya dan Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin bin Haji Md Salleh, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kerja.

Turut hadir di perlawanan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Sunadi bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Pentadbiran & Kewangan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan yang mana mereka juga ikut menyertai dalam perlawanan itu.

Sebanyak 7 pasukan telah menyertai perlawanan tersebut dan telah dijuarai oleh Unit Menteri.  Manakala Unit Penyelidikan & Perkembangan telah menjadi naib johan dan Unit Perancangan & Penyelidikan Pembinaan di tempat ketiga.

Acara perlawanan futsal ini adalah merupakan salah satu  aktiviti tahunan yang diberi nama Sukan Muhibbah Kementerian Pembangunan dan julung-julung kali diadakan pada tahun ini.