DAERAH BELAIT MENGALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR

 

   

 
     
 

 

 
 

Satu kejadian kebakaran kecil di Panel Elektrik yang menyebabkan tenaga ke Stesyen Pam Air berlaku di Loji Penapisan Air Seria pada jam 5.30 petang.  Kejadian ini menjejaskan bekalan air di sebahagian besar kawasan Daerah Belait. 

Usaha memulihkan bekalan air segera dilaksanakan dengan membekalkan tenaga elektrik secara sementara ke Stesyen Pam Air tersebut. 

 
       
 

 
 

Sementara itu, perkhidmatan bekalan air melalui tanker-tanker dan penempatan tangki-tangki biru diaturkan di beberapa kawasan Masjid Sg. Liang, Ibu Pejabat JKR, Kuala Belait , Cawangan JKR Lumut, Cawangan JKR Seria dan Cawangan JKR Jalan Nakhoda Ragam bagi mengatasi bekalan air yang terjejas. 

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi talian 140 bagi perkhidmatan tanker air sekiranya memerlukan bila-bila masa bekalan air terjejas.