MAKLUMAN PELANCARAN
HARI PELANGGAN
|
|||
|
|
|||
|
Pelancaran Hari Pelanggan Kementerian Pembangunan akan diadakan pada 29hb Januari 2007 bertempat Ruang Legar Bangunan Kementerian Pembangunan sendiri. Tema bagi Hari Pelanggan disandarkan kepada moto kementerian iaitu “Bersedia Berkhidmat” dengan bervisikan “Kehidupan Berkualiti, Berdaya Tahan, Negara Makmur” dan bermisikan “Menyediakan Prasarana, Bangunan Dan Perkhidmatan Bagi Mencapai Pembangunan Berterusan”. Pada tahun ini pelancaran dibuat di Kementerian Pembangunan sendiri dengan diselajurkan dengan Pameran Habitat sempena Hari Habitat Sedunia. Seterusnya diikuti dengan aktiviti-aktiviti Hari Pelanggan di Jabatan-Jabatan masing-masing dibawah Kementerian Pembangunan pada tarikh-tarikh tertentu. Pameran akan dibukakan kepada orang awam selama 10 hari. Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Brunei Muara adalah antara jemputan yang akan dijemput semasa majlis pelancaran. Manakala penuntut-penuntut juga akan dijemput bagi menyaksikan pameran secara berjadual. Disepanjang masa selama 10 hari ini, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan pameran dan melihat secara dekat peranan dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan. Semasa majlis beberapa aktiviti turut diaturkan dan ini termasuklah pelancaran pengeluaran Surat Berita Kementerian Pembangunan dan seterusnya pameran laman web yang telah diperbaharui bentuk dan fomatnya. Hari Pelanggan Kementerian Pembangunan adalah bertujuan:
Tarikh Jabatan-Jabatan Mengadakan Hari Pelanggan di Jabatan masing-masing:
|
|||
|
JABATAN: |
TARIKH: |
||
|
Jabatan Ukur, Jabatan
Tanah & Jabatan Perancang Bandar dan Desa (Bergabung Sama) |
03 Februari 2007 |
||
| Jabatan Kemajuan Perumahan |
05 Mac 2007 |
||
| Jabatan Alam Sekitar, Taman & Rekreasi |
22 April 2007 |
||
| Jabtan Kerja Raya |
24 Mei 2007 |
||