SAMBUTAN HARI RAYADI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
||||
|
|
||||
|
|
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada sebelah malam bertempat di kawasan belakang bangunan Kementerian Pembangunan. Seramai lebih 700 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah menghadiri majlis tersebut. Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar hadir selaku Tetamu Kehormat semasa majlis tersebut. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan. Acara menarik ialah apabila Tetamu Kehormat berkunjung ke pondok-pondok 12 jabatan yang dihiasi begitu cantik sekali dan dipertandingkan dan setiap pondok menghidangkan bermacam-macam makanan tradisional. Pemenang Pertama ialah Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya, Pemenang Kedua ialah Kementerian Pembangunan sendiri dan Pemenang Ketiga ialah Jabatan Ukur. Manakala bahagian persembahan pentas pula Jabatan Perumahan menjadi Pemenang Kedua dan Jabatan Ukur menjadi Pemenang Pertama. Acara-acara lain adalah permainan bouncer juga disediakan khas bagi kanak-kanak dan persembahan pentas jabatan-jabatan yang mana juga turut dipertandingkan. Lebih meriah lagi ialah persembahan bunga api yang mana menyerikan lagi majlis tersebut. Majlis tersebut adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bertujuan mengeratkan lagi hubungan siratulrahim di kalangan pegawai dan kakitangan disamping memberi peluang untuk bermaaf-maafan sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Pada tahun ini majlis tersebut telah dikelolakan oleh Jabatan Tanah. |
|||
|
|
|
|||
|
|
||||
|
|
||||