Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN MENCARI WARIS BAGI TANAH DAN RUMAH YANG TIDAK DITUNTUT

Khamis, 20 Rejab 1445H bersamaan 01 Februari 2024M

Jabatan Kemajuan Perumahan sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada pemilik tanah dan rumah seperti berikut:

​Nama pemilik tanah dan rumah:
​Allahyarham Awang Haji Wasli bin Haji Ismail
​Bilangan Kad Pengenalan:
​00-039512 (K)
​Nama Isteri pemilik tanah dan rumah:
​Allahyarham Dayang Hajah Mastura binti Haji Pungut
​Bilangan Kad Pengenalan:
​00-046842 (K)
​Alamat rumah:
​LOT 47522, No. 45, Simpang 342-35, STKRJ Kampong Tungku, Gadong BE 2519, Negara Brunei Darussalam

Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada ahli keluarga atau waris bagi Allahyarham Awang Haji Wasli bin Haji Ismail dan Allahyarham Dayang Hajah Mastura binti Haji Pungut supaya akan dapat hadir bagi perjumpaan dengan pihak Jabatan Kemajuan Perumahan di Tingkat 1, Unit Peruntukan, Bahagian Pengurusan Permohonan, Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam.

Jika sekiranya tidak ada ahli keluarga atau waris bagi Allahyarham Haji Wasli bin Haji Ismail dan Allahyarham Dayang Hajah Mastura binti Haji Pungut yang tampil ke Jabatan Kemajuan Perumahan selepas tempoh notis yang diberikan ini tamat, maka Jabatan Kemajuan Perumahan berhak untuk menarik balik tanah dan rumah yang beralamat di LOT 47522, No. 45, Simpang 342-35, STKRJ Kampong Tungku, Gadong tersebut.

Bagi sebarang perhubungan lanjut, sila hubungi Jabatan Kemajuan Perumahan di talian +673 8383807 dan emel di alamat pengurusanpermohonan@hdd.gov.bn

Dalam hal ini, sukacita memaklumkan bahawa notis ini akan berakhir pada 30hb April 2024.

Sekian harap maklum.

Jabatan Kemajuan Perumahan
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam

Attachments