Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN PELAJAR KE TAPAK PEMBINAAN SPN KG.TANAH JAMBU
Sabtu, 07 Sya’ban 1445 bersamaan 17 Februari 2024

Mahasiswa dan pelajar dari Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei telah membuat lawatan sambil belajar ke tapak pembinaan Skim Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu. Rombongan telah diketuai oleh Yang Mulia Dr.Ismawi bin Haji Mohd Yusof.

Rombongan telah diberikan taklimat oleh konsultan yang dilantik oleh kontraktor iaitu Perunding Primareka mengenai kaedah pembinaan dan aspek-aspek reka bentuk yang melibatkan proses konsep struktur utama dan sub-struktur serta penggunaan jenis bahan bagi pembinaan 950 unit rumah jenis teres di kawasan berkenaan.

IMG-20240309-WA0072.jpg 
Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar bagi mendalami pengetahuan mengenai mata pelajaran yang mereka ikuti di bawah Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei.



Attachments