Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TERIMA LAWATAN KERJA RASMI DARI GUANGXI, REPUBLIK RAKYAT CHINA

​Isnin, 23 Sya’ban 1445H bersamaan 04 Mac 2024M

Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah menerima rombongan lawatan kerja rasmi dari Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD) Republik Rakyat China yang diketuai oleh Ketua Pengarah Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD), Profesor Dr. Yang Lufeng.

Rombongan seramai 6 orang tersebut terdiri dari pegawai-pegawai kanan Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD) yang merangkumi pengarah-pengarah dari Personnel and Education Division, Housing Guarantee Division, Construction Market Supervision Division, Urban Construction Division dan Science and Technology Division.

Ketibaan rombongan delegasi di pejabat pertapakan Skim Perumahan Negara Kampung Lugu disambut oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Perumahan dan juga wakil dari pemborong utama, Swee Sendirian Berhad.

China Visits.MOD.5.jpgIMG-20240309-WA0078.jpg

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani. Seterusnya para delegasi telah diberikan penerangan ringkas mengenai projek perumahan yang berjalan pada ketika ini di Tapak Skim Perumahan Negara Kampung Lugu oleh arkitek di Jabatan Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Yedija binti Markus.  

IMG-20240305-WA0040.jpg

Di samping dapat memberi ruang dalam mencari bidang kerjasama lawatan ini juga memberikan peluang kepada rombongan untuk melihat sendiri penyediaan rumah-rumah mampu milik bagi rakyat Negara Brunei Darussalam dan ianya juga merupakan kesinambungan daripada mesyuarat China-ASEAN Ministerial Roundtable on Construction yang telah diadakan pada 14 hingga 16 September 2023 di Nanning, Republik Rakyat China.

Rombongan delegasi mengakhiri sesi lawatan dengan membuat lawatan ke pertapakan projek Skim Perumahan Negara Kampung Lugu termasuk melihat keadaan bahagian dalam salah sebuah unit yang telah siap sepenuhnya.

Attachments