Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ORANG-ORANG ISLAM

​Sabtu, 28 Sya’ban 1445H bersamaan 09 Mac 2024M

Sepertimana lazimnya pada tahun-tahun yang lepas, di antara aktiviti tahunan JKP bagi mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan 1445H yang bakal tiba adalah mengadakan kerja bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam. Aktiviti amal ini diungkayahkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JKP dan pada tahun ini ianya mengambil tempat di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kandis, Kampung Katok, Jalan Tungku, Gadong.

_HDD1683.JPG

Amalan membersihkan tanah perkuburan mempunyai nilai-nilai mulia seperti mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Di samping dapat memupuk sifat bekerjasama dalam hal ehwal kemasyarakatan bagi perkara berkebajikan serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan JKP.

Kempen kebersihan juga turut diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Attachments