Sabtu, 17 Syawal 1445H @ 27 April 2024M
Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengambil maklum mengenai isu penularan mesej di media sosial WhatsApp pada masa ini yang memuatkan senarai nama pemohon Skim Perumahan Negara dengan tajuk KSPN(1).
JKP ingin memaklumkan bahawa satu senarai nama sebelum ini pernah dimuatnaik ke laman sesawang rasmi JKP bagi tujuan Kemaskini Data Pemohon Skim Perumahan Negara (KSPN) pada April 2017.
Walau bagaimanapun apa yang telah ditularkan baru-baru ini mengenai peruntukan perumahan bagi pemohon-pemohon Skim Perumahan Negara bagi kawasan Perumahan Negara Kg. Lugu adalah tidak sahih.
Oleh itu, JKP menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai dan membuat sebarang spekulasi serta menularkan sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.
Adalah diperingatkan bahawa sesiapa yang menyebarkan laporan palsu atau membuat kenyataan palsu, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, yang berkemungkinan menyebabkan kebimbangan awam atau gundah gulana adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam (Penggal 148) (Public Order Act (Chapter 148)) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak $3,000.00 dan penjara 3 tahun.
Untuk makluman orang ramai, bagi memastikan kesahihan sebarang maklumat yang berkaitan dengan JKP, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP melalui alamat e-mel info@hdd.gov.bn atau melayari laman sesawang rasmi JKP di www.housing.gov.bn