Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
MEMASTIKAN KEBERSIHAN KOMPLEKS PERDAGANGAN ANGGEREK DESA

29 Oktober 2016, Sabtu - Kompleks Perdagangan Anggerek Desa, Berakas adalah antara bangunan kome​rsil sering menjadi kunjungan orang ramai. Oleh itu bagi memastikan kebersihan di kawasan berkenaan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah meungkayahkan kempen kebersihan.

DSC_9231.JPG DSC_9262.JPGDSC_9236.JPG

Tujuan kempen diadakan bagi memupuk kesedaran mengenai pentingnya kebersihan dan keperluan mewujudkan persekitaran yang bersih di tempat awam khususnya kedai-kedai makan di kawasan berkenaan dan juga menanamkan kefahaman orang awam bagi memastikan kebersihan adalah tanggungjawab bersama bukan hanya di pihak Kerajaan.

DSC_9275.JPG

Kempen ini melibatkan pemilik dan pekerja premis-premis perniagaan di Kompleks Perdagangan Anggerek Desa dengan harapan mereka akan sentiasa prihatin dalam memastikan kebersihan kawasan premis masing-masing. Juga turut serta dalam kempen ini pegawai dan kakitangan JKP, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekrasi, Jabatan Perkhidmatan Air, JKR dan juga Jabatan Perkhidmatan Kesihatan.

DSC_9302.JPG DSC_9321.JPG DSC_9272.JPG

Sejumlah 52 premis yang beroperasi di Kompleks Perdagangan berkenaan, dimana 12 buah daripadanya adalah kedai makan dan selebihnya adalah kedai runcit.

Attachments