Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
KHATAM AL-QURAN JKP BAGI TAHUN 1438H

15 Jun 2017, Khamis - Jabatan Kemajuan Perumahan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena bulan Ramadhan tahun 1438 Hijrah/ 2017 Masehi di Dewan Muwafaqah, Tingkat 1, Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan.

DSC_2039.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad.

 DSC_2021.JPG DSC_1992.JPGDSC_2017.JPG

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai disusuli dengan bacaan surah-surah lazim. Bacaan Takhtim dan Doa Khatam menyusuli majlis diikuti dengan laungan dikir Marhaban. Majlis membaca Al-Quran oleh seluruh warga Jabatan ini pada mulanya telah dilaksanakan dan diagih-agihkan mengikut Cawangan, Bahagian dan Unit pada awal bulan ramadhan  dan Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan majlis penutup.

DSC_2108.JPG DSC_2074.JPG DSC_2082.JPG

Majlis Khatam Al-Quran ini adalah merupakan aktiviti Jabatan yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Ramadhan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang Mubarak disamping mendapatkan ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah Subahanu Wa ta’ala. 

Attachments