Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN 1438H

08 Julai 2017, Sabtu - Majlis-majlis Sambutan Hari Raya masih gilang-gemilang diraikan dan tidak ketinggalan juga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya yang mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah/ 2017 Masihi yang diadakan di Lobi Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ini dihadiri oleh warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya berserta keluarga. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan Datin.

3_rayamod_tcp_2017.jpg

Acara sambutan juga dimeriahkan dengan hidangan pelbagai tema masakan yang disediakan oleh setiap Jabatan di Kementerian Pembangunan. Jabatan Kemajuan Perumahan terpilih untuk menghidangkan menu jenis 'Thai Food' pada sambutan berkenaan.

DSC_2177.JPG DSC_2159.JPGDSC_2163.JPG 

Juga diadakan pada majlis tersebut ialah Pertandingan Menghias Pondok, dimana pertandingan mengambilkira ketepatan menu mengikut tema sajian, kebersihan dan kreativiti menghias dengan penggunaan barang kitar semula dan barang terpakai.

Turut hadir pada majlis berkenaan Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya. 


Attachments