Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
KEMERIAHAN SUASANA SAMBUTAN AIDILFITRI JKP

DSCF2057.JPG

13 Julai 2017, Khamis - Sambutan Hari Raya Aidilfitri memberikan peluang untuk kita bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim. Dalam kesempatan itu, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan konsep Pondok Terbuka yang disediakan oleh bahagian-bahagian dan cawangan di JKP. Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya memulakan upacara dengan mengunjungi setiap pondok yang disediakan.

DSC_2268.JPG DSC_2265.JPG DSC_2276.JPG

Suasana Hari Raya JKP dimeriakan lagi dengan Pertandingan Dekorasi Pondok Tercantik. Pada tahun ini, pondok tercantik telah dimenangi oleh Bahagian Perlaksanaan Projek 1 & 2 dengan tema masakan 'Thai Food'. Manakala gabungan Bahagian Pentadbiran Am dan Bahagian Perancangan Projek mendapat tempat kedua dengan tema 'Arabic Food' dan tempat ketiga pula diraih oleh Bahagian Perlaksanaan Projek 3 & 4 yang menyajikan hidangan Satay, Ketupat & Lemang.

  DSC_2282.JPG DSC_2263.JPG

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama seluruh warga JKP serta untuk menggalakkan budaya dan suasana kerja yang penuh harmoni dan sentiasa bersatu padu. 

Attachments