Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
BERKENAN KURNIAKAN LOT TANAH DAN ANAK KUNCI RUMAH KEPADA 892 PEMOHON SPN

29 November 2017, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Lot-Lot Tanah dan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 892 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.

AM_011.jpg

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Keberangkatan tiba KDYMM dijunjung oleh Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei-Muara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

AMIRUL_05.jpg  AMIRUL_06.jpg 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Dr Haji Badaruddin bin Pengiran Abd Rahman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara. 

AD-00005.jpg AM_014.jpg AD-00008.jpg

Pada majlis berkenaan, dari keseluruhan jumlah peserta seramai 12 orang adalah penerima lot-lot tanah manakala 880 orang pula menerima anak-anak kunci rumah di beberapa buah kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ).

Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan berkenaan KDYMM berkenan melawat ke Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Jalan Utama Mentiri, Kampong Sungai Akar, Mukim Berakas 'B'. Seramai 798 orang menuntut di sekolah berkenaan terdiri penuntut Tahun 7 hingga Pearson BTEC.  Sekolah Menengah ini mempunyai 106 orang tenaga pengajar. 

HAMZAH-003.jpg HAMZAH-011.jpg

Selesai membuat lawatan di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, KDYMM berkenaan berangkat ke rumah salah seorang peserta menerima lot tanah bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bahagian II iaitu rumah Dayangku Nur Zirwatul Amal binti Pengiran Haji Mohammad kawasan Rancangan Perumahan Negara Madang, Mukim Berakas 'B'.

AM_015.jpg  INFOFOTO-17.jpg AM_019.jpg

Seterusnya baginda meneruskan lawatan ke rumah Ketua Kampong Kawasan 1, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Awang Mohammad bin Haji Tahir @ Mohamad bin Awang Tahir. Kawasan 1, RPN Lambak Kanan ini mempunyai kira-kira 5,600 orang penduduk dengan jumlah rumah 648 buah.

AD-00013.jpgAMIRUL_20.jpg 

KDYMM kemudian meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49, Kluster 3, Mukim Berakas 'B'. Sekolah Rendah ini mempunyai 69 tenaga pengajar dan seramai 478 orang menuntut di peringkat pra hingga tahun 5. Lawatan KDYMM ke institusi pendidikan ini membuktikan keprihatinan baginda terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.


Diakhir lawatan, KDYMM berkenaan berangkat kerumah peserta menerima anak-anak kunci rumah mereka di bawah Rancangan Perumahan Negara Panchor (Mengkubau), Mukim Mentiri. 

AM_042.jpg AM_036.jpg INFOFOTO-26.jpg

Perumahan di kawasan RPN Kampong Panchor (Mengkubau) ini menelan belanja sebanyak BND388 juta, dan dari 4,000 unit tersebut, sebanyak 2,400 buah adalah rumah jenis teres dan selebihnya adalah rumah jenis berkembar yang dibina di atas kawasan kira-kira 309 hektar, dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti jalan raya, longkang, tangki air, tanam-tanaman, sistem telekomunikasi fiber-optik dan taman rekreasi.

Attachments