Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
PEMOHON SPN DAERAH TUTONG & BELAIT TERIMA KURNIA

20 Februari 2018, Selasa - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Lot-Lot Tanah dan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 601 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) bagi Daerah Tutong dan Daerah Belait.

INFODEPT01-012.jpg

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET), Kampong Bukit Beruang, Mukim Telisai. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di helipad, di Bukit Beruang dijunjung  oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Turut menjunjung keberangkatan tiba KDYMM, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Adam.

INFODEPT01-024.jpg  INFODEPT01-008.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Tutong.

 INFODEPT02_002.jpg INFODEPT02_004.jpg

Pada majlis pagi tadi, dari jumlah tersebut seramai 301 orang menerima rumah jenis kluster dan 53 orang menerima rumah jenis dibawah RPN Bukit Beruang bagi Daerah Tutong dan 247 orang pula menerima rumah jenis teres dibawah RPN Lumut dan Lorong Tengah Seria bagi Daerah Belait. Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong.

 INFODEPT02_007.jpg INFODEPT11_010.jpg

Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat dua institusi pendidikan terdapat di Mukim Telesai, iaitu Pusat Tingkatan Enam, Tutong dan juga Sekolah Rendah Tumpuan Telisai.

INFODEPT05-019.jpg INFODEPT09_21.jpg

Selesai membuat lawatan di Pusat Tingkatan Enam Tutong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenaan berangkat ke rumah Penghulu Mukim Telisai, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit. Pada keluasan 79.5 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai lebih 10 ribu orang. Kampong Bukit Beruang mencatatkan penduduk teramai dalam kawasan tadahan yang mana ianya termasuk penduduk di kawasan RPN Bukit Beruang.

lane-bubble-sleeve-blouse-pink.jpg INFODEPT02_008.jpg

Baginda kemudiannya meneruskan lawatan kerumah-rumah penerima anak-anak kunci di bawah RPN Bukit Beruang, Mukim Telisai. Perumahan di kawasan RPN Bukit Beruang ini secara keseluruahan mempunyai 530 unit rumah jenis detached; 500 unit rumah jenis kembar; 368 unit rumah jenis kluster dan 1,388 unit rumah jenis teres. Kawasan perumahan ini merupakan satu konsep pembangunan perumahan komprehensif lengkap dengan ruang tanah untuk kemudahan awam di masa hadapan seperti sekolah, masjid, kemudahan komersial, pusat komuniti, taman dan kawasan rekreasi dan taman permainan.  

INFODEPT05-031.jpg INFODEPT11_023.jpg INFODEPT08-23.jpg

Diakhir lawatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenaan berangkat ke Golden Corporation Sendirian Berhad. Golden Corporation telah menjalankan ternakan udang dan pemprosesan makanan laut di negara ini dan telah melabur dalam  penggunaan kapal-kapal menangkap ikan dilengkapi teknologi terkini yang berupaya mengakses zon laut dalam yang tidak dapat diakses nelayan tempatan. Syarikat ini juga berhasrat untuk terus berkembang dan menembusi pasaran tempatan dan luar negara, disamping mempromosi nama negara dengan mengeksport produk ke luar negara serta menjamin hasil yang mencukupi dan keselamatan makanan di Negara Brunei Darussalam. 


Foto: Jabatan Penerangan, JPM

Attachments