Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
TADARUS AL-QURAN ERATKAN SILATURAHIM

19 Mei 2018, Sabtu - Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan di mana semua pahala amal kebaikan akan dilipatgandakan. Amalan bertadarus merupakan antara kegiatan keagamaan yang menjadi pilihan umat Islam sepanjang bulan puasa ini.

IMG_3259.JPG

Justeru, dengan ketibaan bulan Ramadhan ini pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama merebut peluang berharga itu dengan mengadakan Tadarus Al-Quran setiap pagi sebelum memulakan tugasan. Amalan betadarus bukan sahaja meningkatkan usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT, malahan amalan bertadarus secara berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim dan juga mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja Jabatan Kemajuan Perumahan serta memberikan motivasi kepada mereka untuk sentiasa meningkatkan tahap bacaan Al-Quran masing-masing ke tahap yang lebih baik.

tadarus3.jpgIMG_3252.JPGTadarus1.jpg

Attachments