Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
JKP ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

06 Jun 2018, Rabu - JKP mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masihi bertempat di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan acara dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam. Sejurus selesainya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan Tahtim dibacakan dan diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh pelajar dari Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga merupakan guru tasmi' bagi peserta khatam.

Khatam2.jpgKhatam1.jpgKhatam3.jpg

Acara juga diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sumbangan daripada warga JKP. Sebelum itu, tetamu kehormat juga berkenaan menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga (3) orang pelajar Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Khatam9.jpgKhatam8.jpg

Majlis seumpamanya merupakan aktiviti tahunan JKP yang bertujuan bagi menyemarakkan dan memeriahkan suasana Ramadhan dengan Tadarus.

Khatam11.jpg

Attachments