Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
860 PEMOHON MENERIMA RUMAH DIBAWAH SKIM PERUMAHAN NEGARA

15 Ogos 2018, RabuKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 860 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati bagi Daerah Brunei-Muara. Majlis berkenaan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

INFODEPT02-11.jpg

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) dijunjung oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan juga Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Hj Abdul Mokti bin Hj Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri;Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II selaku Pengarah Lembaga Kemajuan Brunei (BEDB) dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awang Haji Ali bin Matyassin.

INFODEPT08-01.jpg INFODEPT02-4.jpg INFODEPT02-10.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Dr Haji Badaruddin bin Pengiran Abd Rahman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Pada majlis pagi tadi, dari jumlah tersebut seramai 140 orang menerima rumah jenis kembar dan 716 orang menerima rumah jenis teres di bawah RPN Panchor (Mengkubau) dan 4 orang menerima rumah jenis teres di bawah  STKRJ Kampong Tungku (Katok 'A') dan STRKJ Kampong Mata-Mata (Katok 'B'). Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara.


Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan itu, KDYMM berkenan melawat ke beberapa institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Pusar Ulak (SPRU) Brunei I dan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA). Lawatan baginda ke institusi pendidikan menunjukkan baginda sentiasa mengambil perhatian berat tentang kesejahteraan dan keperluan pelajar-pelajar sekolah. Ini bagi memastikan mereka mendapatkan pendidikan yang menyeluruh bukan sahaja terhad kepada pencapaian akademik tetapi juga kemahiran kehidupan, daya kreativiti serta keyakinan diri yang tinggi dengan ilmu pengetahuan agama yang menjadi cara hidup mereka. Dari lawatan di SMJA, KDYMM berkenaan berangkat ke rumah Ketua Kampong Sungai Akar, Yang Mulia Awang Haji Ramlee bin Haji Md Zain di Kampong Sungai Akar, Mukim Berakas 'B'.  Diakhir lawatan, KDYMM berkenaan berangkat kerumah peserta menerima anak-anak kunci rumah mereka di bawah Rancangan Perumahan Negara Panchor (Mengkubau), Mukim Mentiri.

INFODEPT05-047.jpg INFODEPT02-106.jpg INFODEPT10-025.jpg

Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: Jabatan Penerangan

Attachments