Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
PENUTUP DIKIR MAULUD JKP

19 November 2018, Isnin - Bagi menyemarakkan lagi sambutan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam petang tadi, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud bagi Tahun 1440 Hijrah bertempat di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, JKP. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.

IMG_0590.JPG

Selain menanamkan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi mendapatkan ganjaran teristimewa dan syafa’at dari Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahwa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda sesiapa mengucapkan selawat kepada ku, Allah Subhanahu wata’ala berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali.

IMG_0580.JPG IMG_0610.JPG IMG_0600.JPG

Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: JKP

Attachments