Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
545 ORANG PEMOHON SPN MENERIMA KUNCI

​18 Februari 2019, Isnin - Seramai 545 orang dianugerahkan anak-anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara pagi tadi. Majlis Penyempurnaan Penganugerahan anak-anak kunci berkenaan berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

INFODEPT02-28.jpg

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Canselor UBD dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Turut menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM); Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim.

INFODEPT12-1.jpg INFODEPT02-01.jpgINFODEPT02-07.jpg 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Mohd Shah bin Haji Taip, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pegawai Brunei dan Muara. Dari jumlah 545 orang penerima berkenaan, seramai 489 orang menerima rumah jenis kluster dibawah RPN Lugu, selebihnya menerima rumah jenis teres iaitu 24 orang dibawah RPN Panchor (Mengkubau), 10 orang dibawah RPN Meragang, 3 orang dibawah RPN Tanah Jambu dan 19 orang dibawah STKRJ Kampong Lugu. Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara.

INFODEPT02-31.jpgINFODEPT12-8.jpg INFODEPT12-7.jpg

Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan itu, KDYMM berkesempatan melawat dua (2) buah institusi pengajian tinggi terdapat di kawasan berkenaan. Terdahulu KDYMM membuat lawatan ke Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB), UBD. Dari UBD, KDYMM meneruskan lawatan ke Universiti Teknologi Brunei (UTB). Selesai membuat lawatan di UTB, KDYMM berkenaan berangkat ke rumah Ketua Kampong Jerudong/ Pemangku Ketua Kampong Jerudong ‘B’ (Peninjau), Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rais bin Haji Ishak. Dari kediaman Ketua Kampong, KDYMM meneruskan lawatan baginda ke lawatan kerumah-rumah penerima anak-anak kunci di bawah RPN Lugu, Mukim Sengkurong.

INFODEPT4-29.jpg INFODEPT4-27.jpg INFODEPT01-030.jpg

Oleh: Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: Jabatan Penerangan

Attachments